Tuesday, 20 June 2017

Today's story: kenalan baru dari seberang

Assalamualaikum

Untuk hari ni punya cerita, huhuhu… Hana jadi diam lagi. Nak bercakap tak ada topic, tapi tak adalah sampai bisu terus! Just cakap bila perlu ja… lagi-lagi pulak, Hana tengah try catch up dengan scope kerja Hana… Hana bila dalam mode “kerja”, memang tak peduli dah apa yang jadi dekat sekeliling. Kecuali satu benda yang Hana tahu, pendengaran Hana menjadi tajam. Kalau ada orang bisik-bisik ker, memang laju jer Hana toleh kat korang. Nak join jugak la tuu ^^

Oh ya! Tadi time berbuka, Hana duduk semeja dengan dua gadis dari Indonesia. Diorang training di hotel tempat Hana keja. And bulan ni bulan akhir diorang training. Selalunya, kami2 jer laa kaum hawa yang berbuka di kantin. First time jumpa diorang, terkejut jugak, coz ingatkan orang Sabah/Sarawak (gaya bahasa diorang). Tapi, dua kali dengar, macam pekat sangat larr plak loghat diorang. Rupa-rupanya, orang Indonesia. Sempat juga interview diorang tadi. Since raya dah nak dekat, saje tanya cost diorang pergi balik. As expected, tinggi giler derrr cost diorang tanggung! Of course arr naik flight… tergamam jugak Hana!

Hurmmm, bila jumpa dengan ramai oang, bertukar-tukar ceita, rupanya ada lagi yang kesulitan berat yang diorang tanggung. Suka jerr hana nak highlight-kan di sini. Kalau korang rasa, korang dah penat dengan beban yang korang tanggung, ingat larr bahawa ada lagi yang lebih susah dari korang. Allah swt Maha Adil, tidak akan dibebankan seseorang melebihi kemampuannya (Ujian/dugaan itu penghapus dosa). Keep calm and sabar!

Alang2 jumpa dengan orang Indonesia, teringat nak tanya berkenaan dengan sebuah keluaga contoh yang memang terkenal di Indonesia. Tak tahu larrr sama ada korang pernah dengar atau tak, keluarga tersebut ialah Keluarga Gen Halilintar. (Untuk tahu lebih lanjut berkenaan genHalilinta, tekan SINI) Tapi reaksi diorang, “Eh? Apa itu?” Hana krik-krik… Eh? Macam mana diorang tak tahu ni… Huhuhu, padahal peminat GenHalilintar ramaiiii gilerrrr… Tetiba Hana teringat diri Hana, terus tesenyum… Kenapa??? Hehehhehe, kalau korang tanya Hana siapa Khai Bahar, Tajul or Wani Hasrita, maybe reaksi Hana pun serupa jugak… Since Hana minat muzik Jepun, so artis Malaysia Hana tak ambil peduli sangat. Kecuali artis2 veteran, contoh Siti Nurhaliza. Hahahaha…. Bukan tak support artis Malaysia, tapi dah namanya minat, nak buat macam mana... main factors Hana minat Jepun: bahasa dan adab diorang! ^^


keluar jerr bilik, nampak pantai ^^
Ok, sampai kita ketemu besok ya! Insya Allah ^^

No comments:

Post a Comment