Wednesday, 10 May 2017

Keluarga Indonesia: GEN HALILINTAR 11 BERSAUDARA

Assalamualaikum

Minggu lepas, one of my friends ada share di Facebook, "Shape of You" Cover by Gen Halilintar 11 Bersaudara. It attracts my interest sebabnya, ada sebut di situ, 11 adik beradik bersama si ibu, buat cover lagu Shape of You. Suara diorang pun not bad! sedap didengar and yang lagi awesome bila si adik yang paling kecil turut sama2 buat cover lagu... awesome!!! so, Hana pun apa lagi, godek2 arr YouTube, cari cover lagu yang lain, yang diorang buat. dari situ, Hana pun "berkenalan" dengan 11 anak-anak tersebut, termasuk juga dengan parent diorang ni.

First impression: diorang adik-beradik rapat giler... hubungan kekeluargaan diorang, yang tua take care adik-adik, yang adik-adik pula ada masa diorang nakal and ada masa diorang patuh abang2 dan kakak2 diorang.... just imagine, dengan 11 orang anak2, bising dan riuhnya, ya ampun! dengar dan tonton di YouTube pun kekadang pening kepala tengok telatah diorang, memang kalau Hana, Hana dah tempik sorang2... but then, still diorang ok. no problem at all, rumah tak bersepah and ada bahagian tugas masing2... tabik spring arr!!


di Kuala Lumpur, Malaysia

di Menara Pisa

^^
Jadi, sekarang ni, jom berkenalan dengan GEN HALILINTAR!!!



My Family My Team

introduction: Video Our Life : Gen Halilintar

Gen Halilintar adalah sebuah keluaga muslim di Indonesia yang telah menjadi inspirasi buat ramai orang/keluarga. nama meeka mula mendapat perhatian apabila si ibu melancarkan buku pertamanya yang bertajuk: Kesebelasan Gen Halilintar: My Family My Team pada tahun 2015... rata-ratanya, pembaca kagum dengan cara si ibu dan ayah menguruskan dan mendidik 11 orang anak mereka. Oh! Anak2 diorang ni boleh berbahasa Inggeris! Bahkan yang paling bongsu pun! That's why arr Hana kagum tu...

nama "Gen Halilintar" actually adalah gabungan nama si ibu dan si ayah. GH mempunyai 11 orang anak yang terdiri daripada 6 lelaki dan 5 perempuan (5 dari 11 adik beradik tersebut lahir di luar negara! click sini). sedikit info berkenaan ayah dan ibu, mereka mendirikan rumah tangga di usia yang muda, pada tahun 1993. ketika itu, mereka berdua masih dalam pengajian dan selepas bernikah, meeka mula menjalankan perniagaan. Masing2 ada bakat dan pengalaman dalam perniagaan, ditambah dengan usaha keras diorang, jadi tidak hairanlah, mereka berjaya pada hari ini. kesemua mereka 13 orang telah menetap di sebuah rumah 3 tingkat, yang mana korang boleh lihat sendiri di channel2 YouTube mereka.


Ok, mula2 kita berkenalan dengan ibu bapa kepada 11 bersaudara... si ayah bernama: Halilintar Anofial Asmid, lahir pada 13 Oktober 1968 merupakan seorang pengusaha, usahawan dan motivator, manakala, si ibu pula bernama: Lenggogeni Faruk yang lahir pada 29 Oktober 1972 betindak sebagai pembantu si ayah, motivator, boleh menyanyi dengan baik, di samping menguruskan anak2 tanpa memerlukan pembantu. mereka berdua kerap melancong ke luar negara, bukan sekadar bersuka ria, tetapi untuk menjalankan perniagaan dan menambah ilmu pengetahuan/pengalaman.

selama mana mereka ke luar negara, mereka tetap membawa ke semua ahli keluaga, dan dari situ, mereka mendidik anak2 mereka dengan pengalaman yang sebenar. lihat dari penampilam dan personaliti mereka, kedua-duanya sangat tegas dalam mendidik. mereka juga seorang yang penyayang, dan pandai mengambil hati anak2. ketegasan mereka dapat dilihat bila mana ada di antara si anak2 bergaduh, ada yang menipu kerana takut dimarahi dan ada yang bersikap cuai. si ayah dilihat tegas mengatakan yang salah tetap salah, namun cara dia menyampaikan mesej tesebut membuatkan ukhwah antara mereka lagi erat. pelbagai nasihat dan contoh serta penyelesaian yang bernas, membuatkan takut, rajuk or marah si anak tak berkekalan lama. lagi maklumat berkenaan mereka: GEN HALILINTAR Bahagia Dilamar Sang Idola 2 sekarang, jom berkenalan bersama anak2 diorang pula. sedikit info berkenaan mereka...


GH 1, nama diberi Muhammad Attamimi Halilintar, lahir pada 20 November 1994, anak sulung dari 11 adik-beradik. peranan sebagai seorang captain dan untuk tugasan rumah, beliau menguruskan laundry besama-sama dengan GH 2. (laundrynya pula bukan sedikit bahkan untuk 13 orang, dari penghuni di tingkat bawah sehinggalah ke tingkat tiga - ada dalam salah satu video di YouTube [di sini], rumah mereka lengkap dengan 3 mesin basuh!). dapat dilihat, dalam setiap travel mereka, GH 1 bertindak sebagai ketua untuk adik2 and take care diorang. meminati mobil (kenderaan - kereta, motor) dan ada tertulis dalam satu artikel, beliau merupakan usahawan muda dalam jual beli mobil.


GH 2, nama diberi Sohwa Mutamima Halilintar, lahir pada 25 April 1996, merupakan anak kedua (kakak sulung) dari 11 adik beradik. peranan sebagai designer dan untuk tugas di rumah, beliau melakukan laundry bersama GH 1. beliau dikatakan terlibat dalam bisnes baju, mempunyai jenama/brand sendiri dan selalu membuat tutorial hijab.


GH 3, diberi nama Sajidah Mutammimah Halilintar, lahir pada 17 Julai 1997, merupakan anak yang ketiga daripada 11 adik beradik. peranan beliau sebagai Chef, so tugas2 beliau dalam rumah lebih kepada menguruskan dapur. beliau banyak membuat kuih dan hidangan lauk pauk untuk keluarganya. ada antaranya, beliau kongsi di YouTube: Cara Masak Tempe Goreng tanpa MSG. menarik!


GH 4, nama diberi Muhammad Thariq Halilintar, lahir pada 29 Januari 1999, merupakan anak yang keempat dari 11 adik beradik. peranan belia lebih kepada Housekeeping, so tugasnya ialah mengemas dan menjaga kebersihan rumah. 3 tingkat tuuu, and beliau ada 4 orang assistants... siapa??? hehhehe... nanti gue khabarin yaaa...


GH 5, nama diberi Abqariyyah Mutammimah Halilintar, lahir pada 13 Julai 2000, merupakan anak yang kelima dari 11 adik beradik. peranan beliau adalah nursing adik-adik dan juga photographer ketika diorang semua travel.


GH 6, nama diberi Muhammad Saaih Halilintar, lahir pada 16 Mac 2002, merupakan anak keenam dari 11 adik beradik. peranan beliau adalah lebih kepada IT maintenance. di rumah, beliau boleh membaiki peralatan elektronik. dilihat dari segi personaliti, beliau nampak seperti seorang yang nakal, namun perwatakkannya yang sebenar adalah berbeza. Beliau sebenarnya agak manja dan baik bersama adik beradiknya yang lain (dapat dilihat dalam video2 mereka). beliau tidak suka berambut panjang (video di sini) dan lebih suka berambut pendek ala-ala botak gitu ^^


GH 7, nama diberi Siti Fatimah Halilintar, lahir pada 26 September 2003, merupakan anak yang ketujuh dari 11 adik beradik. memandangkan beliau sendiri masih kecil dan muda, peranan beliau sama seperti kakaknya (GH 5) iaitu nursing adik-adik yang lain (terutamanya GH 11).


GH 8, nama diberi Muhammad Al Fateh Halilintar, lahir pada 25 Febuari 2006, merupakan anak kelapan dari 11 adik beradik. peranan beliau ialah sebagai general assistant. yup! beliau adalah assistant housekeeping untuk GH 4 dalam urusan kemas-mengemas rumah serta adik beradik yang lain juga. seorang yang aktif, ceria dan gayanya seperti model gitu!


GH 9, nama diberi Muhammad Muntazar Halilintar, lahir pada 20 Mei 2008, merupakan anak kesembilan dari 11 adik beradik. walaupun masih muda, beliau berkebolehan menjadi seorang presenter, selalu berbahasa Inggeris di rumah dan ketika berbicara dengan adik beradik yang lain. Mudah bersimpati dan seorang yang jujur. peranan beliau adalah assistant housekeeping untuk GH 4.


GH 10, nama diberi Siti Saleha Halilintar, lahir pada 1 Oktober 2010, merupakan anak kesepuluh (puteri bongsu dalam keluaga). jika dilihat dari video yang diupload di YouTube, beliau gemar bermake-up dan juga membaca kad-kad hari jadi. usianya juga masih muda, oleh itu, peranannya beliau ialah assistant housekeeping kepada GH 4.


GH 11, nama diberi Muhammad Shalaheddien El-Qahtan Halilintar, lahir pada 9 Ogos 2012, merupakan anak bongsu di dalam keluarga. seorang yang aktif dan riang. Beliau juga boleh bebahasa Inggeris! dan turut menyanyi dan membuat cover2 lagu bersama-sama adik beradik yang lain. di umah, beliau ialah assistant housekeeping untuk GH 4.



Itu dia, sedikit sebanyak berkenaan dengan Big Family ini... Ada banyak lagi perihal tentang diorang, yang boleh korang dapatkan dari Mr Google. Hana hanya mampu share sebahagian darinya sahaja, coz banyak sangat info2 diorang. diorang semua telah lawat banyak negara, dan mengalami pelbagai kejadian yang tidak terduga, seperti kemalangan, tertinggal pesawat dan sebagainya. Bahkan pernah juga ada seorang di antara 11 mereka tertinggal di rumah (macam cerita Home Alone tuu, cumanya tak adalah aksi2 lawan tu semua), sewaktu mereka sibuk mempromosikan buku mereka. mesti korang tertanya-tanyakan, bagaimana dengan pelajaran mereka? cukupkah dengan travel bersama keluarga? hehehhehe... so selanjutnya, korang boleh dapatkan pelbagai lagi maklumat berkenaan mereka di link-link di bawah...
ok, that's all! ^^ alhamdulillah, selesai sudah yerr... hehehehe, dan sebelum Hana tutup entry ni, Hana nak komen sedikit memandangkan ada yang mengatakan cara GenHa ni semacam riak dan menunjuk. ada yang sokong dan ada yang menolak kenyataan tesebut.

Hummm, personally bagi Hana, Hana kagum dengan cara diorang, dan diorang bukannya riak. riak itu subjective dan pada Hana, cara GenHa ni sebenarnya nak bagi anak2 diorang berani berdepan dengan orang ramai, yakin diri dan luas pandangan. memang Hana akui, keadaan hidup diorang agak mewah, dengan cara diorang berpakaian, baju-baju diorang, rumah 3 tingkat ada swimming pool dan sebagainya. dari segi luaran, yup! diorang kaya and kalau boleh travel banyak tempat, kira banyak duit laarrr kan... hehehhe...

tapi jangan terlepas pandang, diorang sebenarnya tak ada pembantu rumah, and urusan mengemas semuanya diorang lakukan sendiri. yup! diorang memang speaking, tapi tengok cara diorang belajar. dan alhamdulillah pendidikan agama sudah sebati dalam diri mereka. perihal pembiayaan travel mereka pula, jika korang ada tekan link2 yang Hana letak di atas, ada artikel tertulis bahawa mereka ini memang terbiasa dengan berniaga. ^^ bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa 9/10 ezeki datangnya dari perniagaan ^^ dan juga seperti yang tesebar di YouTube, mereka ada muncul dalam beberapa buah program television, jadinya sudah ada pembiayaan di situ ^^
Ok, that's all dari....

No comments:

Post a Comment